Isnin, 12 Mei 2014

Apakah Yang Menarik???

Hari ini Geo Eco Adventures ingin kongsikan tempat-tempat yang menarik yang patut anda kunjungi apabila anda memilih untuk bercuti bersama kami. Pastinya anda akan teruja dan boleh merasai sendiri pengalaman berharga ini.

Eagle Feeding

Anda akan menemui banyak spesies helang laut di seluruh Langkawi. Memandangkan pada asalnya nama Pulau Langkawi diambil sempena nama Burung Helang yang berwarna coklat kemerahan. Namun selain helang bewarna coklat, terdapat juga burung helang yang bersaiz besar bewarna putih.

Jangan lepaskan peluang anda untuk melihat dan merasai sendiri bagaimana burung-burung ini mencapai makanan yang disediakan. Penghuni ekosistem paya bakau ini sememangnya jinak dan berterbangan di udara umpama mengenali tuannya. Helang di sini seolah-olah tahu apabila bot hadir untuk memberi rezeki kepada mereka. Di ruang udara anda pasti terpegun melihat banyak burung helang yang berlegar-legar dan kemudian akan menyambar ke bawah untuk menangkap makanan yang terapung di atas air. helang-helang ini akan menyambar dalam beberapa saat.

Eagle Feeding
Eagle Feeding


Tanjung Air Didih

Kawasan ini terletak di antara Sungai Kubang Badak menghala ke Pulau Jemuruk dan Lautan Andaman. Jika anda berkunjung ke sini, anda akan dapat melihat dengan jelas gelembung udara yang membentuk buih-buih dari dalam dasar dan permukaan air. Ia umpama buih-buih sabun  yang memutih menghiasi dasar dan permukaan. Semestinya anda akan teruja melihat proses semulajadi ini secara realiti.

Volcanic Air Bubbles

Tanjung Air Didih
Fish Feeding

Para Pelancong akan menikmati pakej bersama kami ke Pulau Dangli bagi memberi makanan ikan atau "Fish Feeding". Anda dapat merasai sendiri bagaimana ikan-ikan memakan roti atau biskut di tangan anda. Hal ini dapat menenangkan perasaan anda dari segala kesibukan tugasan harian.

Fish Feeding

Pulau Jemuruk

Melalui trip yang disediakan pelancong dapat melihat Pulau Jemuruk dengan lebuh dekat. Ia merupakan salah sebuah pulau yang ada di sini. Terdapat batu-batu yang menarik dan membentuk gua-gua kecil yang unik.
Pulau Jemuruk
Tanjung Buta

kawasan ini merupakan lokasi yang terbentuk berhampiran daik kurza setebal 5 meter. Batu pasir di kawasan ini mempunyai fosil usia Kambria Akhir seperti trilobit dan brakiopod yang mewakili lapisan fosil tertua di rantau ini. Justeru, kawasa ini juga merupakan titik terbaik untuk melihat Pulau Jemuruk dan Gua Pinang.
Tanjung Buta
Spesies Kelawar Terbesar

Kelawar-kelawar comel ini boleh didapati apabila anda berkunjung ke Pulau Dangli. Di pulau ini, spesies kelawar terbesar ini telah menjadikan pokok-pokok sebagai habitat mereka. Pengunjung dapat melihat habitat mereka secara lebih dekat lagi.
Kelawar Terbesar


Limestone Cruise

Menerusi pelayaran bersama Geo Eco Adventures, para pelancong dapat menikmati pelayan menikmati keindahan batu-batan di sekitar pulau yang terbentuk secara unik dan istimewa. Batu-batan ini telah wujud lebih kurang 550 juta tahun yang lalu.

Sebahagian daripada batu-batan yang boleh dilihat