Isnin, 7 April 2014

Salam Perkenalan


Geo Eco Adventures merupakan salah sebuah agensi atau syarikat
 pelancongan yang berdaftar di bawah Suruhanjaya Syarikat Malaysia. Agensi ini merupakan salah sebuah syarikat yang ditubuhkan sebagai agen pelancongan bagi memajukan industri pelancongan terutamanya di Pulau Langkawi, Malaysia.

Fungsi Geo Eco Adventures lebih cenderung untuk memperkenalkan tempat-tempat menarik yang ada di sekitar Langkawi seperti Taman Laut yang yang terbentang indah dengan pelbagai khazanah. Justeru, Pulau Langkawi juga terkenal dengan keindahan dan kekayaan 99 buah pulau-pulau kecil yang pelbagai saiz dan rupa yang unik. Kekayaan dan kepelbagaian sumber geologi, landskap, flora dan fauna serta kepelbagaian sumber budaya yang diwarisi oleh Kepulauan Langkawi merupakan suatu aset terpenting dalam pembangunan industri pelancongan.  Ia juga mampu menjadi tarikan pelancongan baru kerana mengandungi nilai warisan cukup tinggi merangkumi produk biodiversiti seperti flora dan fauna yang wajar dipelihara.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan